Tuesday, January 20

bila sampai, tak sempat buat kita

sedetik tadi kau disini
tertawa bersenda mencuit hati
sekelip saja kau pergi
pergi hinggakan tiada kembali

waktu membuat aku buntu
aku kaku beku membatu
berlari aku mencari sesuatu
hingga kau ku tinggal disitu

didakap ku kau melesu
hadapku langsung tanpa perlaku
menatap wajah menitis sedihku
langsung membisu aku disitu

kau tinggalkan tanpa kata
mata ini saksi semua
setiap detik sehingga nokhta
hembus nafasmu akhir kalinya

aku lolos aku bisu
anak bungsu sendiri memaku
sinis ku rasa mereka bertalu
kerana aku kerana aku

sepi rindu langsung membeku
setiap nafas melalu di hati
salahkan aku sendiri bersalah
namun penghujung kau sudah tiada

rindu aku rindu
belaianmu dakapanmu
sering saja ku sakitimu
senyum terukir sentiasa buatku

rindu aku pilu
langsung tiada kesempatan itu
memohon ampun belas dari mu
taida sempat buktikan ku cinta

andai akhir nanti cuma
mahu ku pohon kemaafan dari mu
fatihah ikhlas ku iring selalu
membuka hati pohon padaNYA

jauhkan dia azab neraka
lindungi dia ibu kucinta
tempatkan dia IBU soleha....

No comments: